Friday, December 23, 2011
Friday, January 21, 2011
Husam Musa : Kepentingan Dinar & Dirham
Mari kita dengar kata² dari ahli politik yang mula memperkenalkan Dinar dan Dirham di Negeri Kelantan secara khusus dan Negara Malaysia secara umumnya. Meskipun mendapat tentangan di peringkat awal, akhirnya kehendak masyarakat dan rakyat mengatasi segalanya. Syukur kita kepada Allah, kerana atas limpahan kurnianya segala penat lelah terbayar melalui kejayaan memperkenalkan Dinar dan Dirham.
Saya tidak berniat untuk mengulas panjang ceramah beliau, apa yang penting semoga kata² beliau dijadikan sebagai panduan dalam membuat pertimbangan berkenaan kepentingan memiliki Dinar dan Dirham. Semoga kesedaran masyarakat dan rakyat dapat dipertingkatkan. Saya akan mencurahkan segala usaha yang termampu bagi memastikan Dinar dan Dirham dapat dimertabatkan kembali demi kelangsungan sistem kewangan islam.

Read more...
Friday, December 17, 2010
Dr. Mahathir Galak Rakyat Simpan Emas
KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh. Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah. Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.
"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia. "Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya. Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40). Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan. - Dipetik dari Utusan Malaysia Online
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)