Emas apabila dilihat dari sudut pelaburan merupakan satu komoditi yang amat menguntungkan. Mereka yang memiliki emas berupaya untuk menambah kekayaan disebabkan oleh kejatuhan nilai dalam matawang serantau. Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding Emas sebagai contohnya telah berjumlah keseluruhan sebanyak 380% bagi tempoh 9 tahun bermula dari Julai 2001 hingga Julai 2010. Berdasarkan Statistik Harga Kijang Emas yang diambil dari laman Bank Negara Malaysia (sila klik di sini), Harga 1 unit Kijang Emas yang dikeluarkan pada 18hb Julai 2001 adalah bersamaan dengan RM1,082.00. Pada tarikh 16hb Julai 2010, 9 tahun kemudiannya, Harga 1 unit Kijang Emas telah berjumlah RM4,110.00.
RM4,110.00 / RM1,082.00 X 100 = 380%
RM4,110.00 / RM1,082.00 X 100 = 380%
Ini bermakna, sekiranya anda telah membeli 6 unit Kijang Emas pada 18hb Julai 2001, jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM6,492.00 (RM1,082 X 6 unit). Pada tarikh 16hb Julai 2010, 6 unit Kijang Emas milik anda telah boleh dijual pada harga RM24,660.00 (RM4,110 X 6 unit). Anda dalam erti kata lainnya telah berupaya untuk menunaikan Fardhu Haji bersama isteri hanya dengan menyimpan 6 unit Kijang Emas untuk tempoh 9 tahun. Satu pelaburan yang cukup lumayan !!!
Dewasa ini pelbagai skim pelaburan telah diperkenalkan antaranya menternak lintah, cacing, keli, burung walit, ikan Arowana dan sebagainya. Meskipun menjanjikan keuntungan lumayan, pelaburan sebegini mendedahkan anda kepada risiko kematian dan kos penjagaan yang bukan sedikit. Anda juga perlu berusaha gigih sebelum dapat menikmati hasil yang dijanjikan. Melalui pelaburan emas, anda hanya perlu menyimpan sahaja emas berkenaan tanpa perlu berpenat lelah, mengeluarkan kos tambahan dan berhadapan dengan risiko kematian. Sekiranya anda ingin memaksimumkan keuntungan melalui pelaburan emas, anda juga boleh menjadi ejen dengan menjual dan membeli emas atau dalam erti kata lainnya menjadi “Taukey Emas”.
Public Gold sebagai contohnya telah menyediakan peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk melabur melalui pegangan emas fizikal dalam bentuk Jongkong, Syiling dan Dinar. Peluang juga dibuka kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen dengan menjual dan membeli emas pelaburan berkenaan. Bersama Public Gold anda mampu menjana pendapatan lumayan melalui kaedah berikut:
1. Menyimpan Emas
Emas yang disimpan berupaya untuk mencapai pertambahan nilai berdasarkan penyusutan nilai matawang serantau berbanding emas. Penyusutan nilai matawang berlaku antaranya disebabkan oleh wujudnya penambahan di dalam kuantiti matawang hasil dari proses mencetak wang, inflasi harga barang, spekulasi di dalam pasaran matawang dunia dan sebagainya.
2. Menjual Emas Kepada Pelanggan
Sebagai Ejen Public Gold anda akan dibayar komisyen 1.5% daripada jumlah keseluruhan nilai emas yang dibeli. Dengan menjual emas yang telah dibeli pada nilai pasaran apabila berlaku kenaikan harga, anda mampu untuk mendapat keuntungan. Bagi mereka yang bukan dealer, penjualan Dinar ini hanya perlu dilakukan apabila anda benar-benar memerlukan wang. Ini kerana untuk membeli semula Dinar anda tidak akan dapat membayar sebagaimana harga asal.
3. Membeli Emas Daripada Pelanggan
Anda juga berupaya mendapat keuntungan melalui proses membeli semula emas dari pelanggan Public Gold sedia ada. Bagi setiap unit emas Public Gold, Harga Belian semula adalah di bawah nilai 5% hingga 6% (Belian Diskaun) daripada nilai pasaran semasa unit Public Gold. Dengan membeli pada harga rendah dan menjual semula pada harga pasaran apabila keadaan memerlukan, anda telah berupaya untuk menjana keuntungan.
Kaedah di atas merupakan kaedah asas bagaimana anda dapat menjana keuntungan melalui pelaburan emas dengan Public Gold. Selain daripada kaedah-kaedah di atas terdapat juga teknik-teknik tertentu yang boleh digunakan untuk mendapat keuntungan melalui pelaburan emas dengan Public Gold. Blog ini akan mengupas teknik-teknik rahsia yang digunakan oleh “Taukey Emas” untuk memaksimumkan keuntungan di pihak mereka. Sila ikuti penerangan tentang kaedah-kaedah ini yang akan disediakan dari semasa ke semasa.
Sehingga saat ini, anda telah pun mengetahui secara asas bagaimana untuk menjana pendapatan melalui pelaburan emas. Soalnya, kenapa berlaku kenaikan dalam nilai emas ?? Sudahkah kenaikan emas ini mencapai tahap tepu ?? Adakah anda telah terlewat untuk terlibat dalam pelaburan emas ?? Bagi menjawap persoalan ini, ada baiknya kita jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan. Al-Quran dan Sunnah telah mengiktiraf emas dan perak sebagai instrumen bernilai untuk dijadikan harta oleh manusia. Pengesahan ini telah pula direalisasikan melalui peredaran zaman dari dahulu hingga sekarang. Sebagai orang islam yang beriman, janji kejayaan daripada Allah sudah mencukupi untuk dijadikan hujjah dan panduan. Firman Allah Subhaanahu Wa Ta’aala di dalam Al-Quran, Surah An-Nur: Ayat 51:
“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat” dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan”.

SALAM KEEMASAN
ReplyDelete