feat0

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)". [ Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00 Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun!
[ Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

“Mata wang Amerika Syarikat kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia. Langkah menggunakan Dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dollar AS dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang”.
[ Tun Dr. Mahathir Mohamad ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Kapitalisme merupakan Sistem yang muncul dari aqidah sekularisme yang meletakkan kebebasan sebagai asas utamanya. Ia menyebabkan bertambahnya jurang antara yang kaya dan miskin. Kapitalisme dicipta bukan untuk mengatasi masalah kemiskinan bahkan ia berfungsi mempertingkatkannya!
[ Capitalism Economics ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

"Saya pernah diutus Umar bin Abdul Aziz untuk memungut zakat ke Afrika. Setelah memungutnya, saya berniat untuk memberikannya kepada orang-orang miskin. Namun, saya tidak menjumpai seorang pun. Akhirnya, saya memutuskan untuk membeli hamba sahaya lalu memerdekakannya."
[ Sirah Umar Abdul Aziz, ms 59 ] Read More

Tuesday, November 30, 2010

Dinar Dan Kemerosotan Nilai Wang Kertas

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)". Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Pada hari ini, penyusutan nilai matawang fiat seluruh dunia berbanding emas merupakan satu isu yang hangat diperbincangkan. Di Amerika Syarikat sendiri, telah ada pihak yang mula mempertikaikan fungsi Dollar USD sebagai matawang teras dunia dan sebagai alternatifnya matawang yang bersandarkan kepada emas dan perak “Liberty Dollar” telah diperkenalkan. Bagi menyelamatkan Dollar daripada “pesaingnya”, Amerika Syarikat telah mengambil tindakan mahkamah untuk menghalang edaran “Liberty Dollar”. Tindakan ini terpaksa diambil apabila rakyat Amerika Syarikat sendiri telah mula hilang kepercayaan kepada Dollar USD dan mula menukar kepada “Liberty Dollar” yang mempunyai sandaran emas dan perak.

Liberty Dollars

Matawang fiat merupakan matawang yang mudah untuk dimanipulasikan oleh pemerintah sesebuah kerajaan. Setiap kerajaan diseluruh dunia bebas untuk mencetak matawang negara masing-masing. Sikap tidak bertanggungjawab sesebuah kerajaan yang mencetak wang fiat sesuka hati akan menyebabkan berlakunya lambakan wang kertas di pasaran dan seterusnya menyebabkan berlakunya kemerosotan nilai matawang tersebut. Melalui kemerosotan nilai matawang, kuasa beli rakyat akan terjejas teruk dan menyebabkan berlakunya kacau bilau dalam masyarakat bilamana jumlah wang yang banyak tidak mampu untuk membeli barangan keperluan harian.

Kebenaran hadis di atas sudah dapat dilihat di negara Zimbabwe sebagai permulaan. Rakyat Zimbabwe sudah tidak mahu menerima wang fiat yang dikeluarkan oleh negara mereka sendiri disebabkan oleh berlakunya kejatuhan nilai yang besar dalam matawang tersebut. Bagi membeli sebuku roti, rakyat Zimbabwe dikehendaki untuk menukar dengan sejumlah 0.1 gram Emas, manakala untuk mendapatkan satu tin gandum, mereka juga perlu menukar dengan sejumlah 0.1 gram emas. Keadaan ini telah menyebabkan sebahagian rakyat Zimbabwe terpaksa menjadi pelombong emas semata-mata bagi mendapatkan emas untuk dijadikan medium pertukaran.

Sila ikuti video di bawah untuk melihat kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Zimbabwe bilamana matawang fiat yang ada di pasaran sudah tidak diterima sebagai medium pertukaran.


Apa yang berlaku di Zimbabwe patut dijadikan pengajaran kepada seluruh masyarakat dunia betapa sistem wang fiat yang diamalkan selama ini telah mula melalui fasa kejatuhan. Bagi mereka yang mempunyai simpanan jangka panjang adalah wajar simpanan berkenaan ditukarkan kepada emas bagi menyelamatkan nilainya daripada mengalami kemerosotan.

No comments:

Post a Comment