Dalam melakukan transaksi pembelian Emas dan Perak setiap daripada kita perlu berhati-hati agar tidak terjerumus dalam aktiviti Riba. Ini kerana Emas dan Perak merupakan kategori barang² yang diklasifikasikan sebagai barang Ribawi. Secara umumnya di dalam Islam, barang² Ribawi adalah :-
1. Emas
2. Perak
3. Gandum
4. Barli
5. Kurma
6. Garam.
Emas dan Perak merupakan salah satu makhluk Allah yang istimewa. Ia diciptakan untuk digunakan oleh manusia secara ber"adab". Di dalam penggunaan Emas dan Perak ada hukum yang perlu diikuti antaranya ialah zakat. Barangan lain yang turut dikategorikan sebagai Ribawi merupakan barangan makanan asasi dari pokok yang terdapat di pasaran. Apabila Emas dan Perak tidak dapat ditemui untuk dijadikan sebagai medium pertukaran, barangan makanan asasi inilah yang perlu dijadikan sebagai medium pertukaran.
1. Emas
2. Perak
3. Gandum
4. Barli
5. Kurma
6. Garam.
Emas dan Perak merupakan salah satu makhluk Allah yang istimewa. Ia diciptakan untuk digunakan oleh manusia secara ber"adab". Di dalam penggunaan Emas dan Perak ada hukum yang perlu diikuti antaranya ialah zakat. Barangan lain yang turut dikategorikan sebagai Ribawi merupakan barangan makanan asasi dari pokok yang terdapat di pasaran. Apabila Emas dan Perak tidak dapat ditemui untuk dijadikan sebagai medium pertukaran, barangan makanan asasi inilah yang perlu dijadikan sebagai medium pertukaran.
Hadis Abu Said r.a. katanya: Bilal pernah menghadap baginda dengan membawa kurma Barni. Rasulullah s.a.w bertanya: Dari manakah kurma ini? Bilal menjawab: Kurma milik aku yang kurang bermutu, maka aku menjualnya dua gantang dengan satu gantang (yang bermutu) untuk juadah Nabi s.a.w. Apabila mendengarnya, Rasulullah s.a.w bersabda: Ah, itu adalah riba. Jangan buat seperti itu. Jika kamu ingin membeli kurma yang baik, juallah kurmamu dan belilah kurma yang baik dengan hasil penjualanmu tadi. (Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #2985,Bab Jual Beli Iaitu Tukar Makanan Adalah Harus Sekiranya Sama Banyak)
Kategori Riba yang dinyatakan di dalam Hadis di atas merupakan Riba Fadhl. Apabila menukar barangan Ribawi yang sama jenis, mestilah dalam ukuran timbangan yang sama, contohnya:- Beras 1 gram dengan beras 1 gram. Dalam pembelian di kedai emas "trade in", perlu dielakkan. Anda perlu menjual emas "lama" anda terlebih dahulu, kemudian baru membeli emas "baru".
Hal ini telah dipertegaskan lagi oleh Rasulullah S.A.W. di dalam Hadis riwayat Al-Syaikhan: Abu Said Al-Khudri berkata, "Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma dan garam dengan garam dipertukarkan dengan sama, segenggam dengan segenggam. Sesiapa yang menambah atau meminta tambah maka ia telah melakukan riba, baik yang meminta mahupun yang memberi, dalam hal itu sama sahaja".
Selain daripada Riba Fadhl, terdapat satu lagi kategori Riba yang melibatkan barangan Ribawi iaitu, Riba Nasi'ah @ Riba Yad. Di dalam satu Hadis, Umar bin Al-Khattab r.a. telah berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Perak ditukar dengan emas adalah riba kecuali diserahkan dan diterima pada waktu yang sama. Gandum ditukar dengan gandum adalah riba kecuali diserahkan dan diterima pada waktu tersebut. Kurma ditukar dengan kurma juga adalah riba kecuali diserahkan dan diterima pada waktu yang sama. (Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #2968,Bab Penukaran Wang Dan Jual Beli Emas Dengan Perak Secara Tunai).
Melalui Hadis ini adalah jelas bahawa, apabila berlaku pertukaran barangan Ribawi yang sama jenis atau sebaliknya, pertukaran mestilah dilakukan serta-merta. Adalah perlu dijelaskan bahawa tiada penangguhan yang dibenarkan apabila ianya melibatkan pertukaran barangan Ribawi. Bagi mereka-mereka yang terlibat dalam perniagaan barangan Ribawi ini, hal ini perlu diambil kira dalam setiap urusan jual-beli. Anda wajib memberikan perhatian kepada aktiviti serah-terima. Bagi membeli emas atau perak sebagai contohnya, anda perlu membayar dan kemudian mengambil barangan tersebut secara langsung, untuk mengelak daripada terlibat dengan Riba.
tapi rasanya urusniaga public gold tak terjadi seperti dlm artikel ni sbb kita bayar dulu dlam akauan lepas tu baru ambil emasnya. begitu juga kalau kita jual semula emas kpd syarikat, duitnya tidak diserah on the spot sebaliknya masuk akaun 2-3 hari selepas itu
ReplyDelete