feat0

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)". [ Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00 Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun!
[ Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

“Mata wang Amerika Syarikat kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia. Langkah menggunakan Dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dollar AS dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang”.
[ Tun Dr. Mahathir Mohamad ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Kapitalisme merupakan Sistem yang muncul dari aqidah sekularisme yang meletakkan kebebasan sebagai asas utamanya. Ia menyebabkan bertambahnya jurang antara yang kaya dan miskin. Kapitalisme dicipta bukan untuk mengatasi masalah kemiskinan bahkan ia berfungsi mempertingkatkannya!
[ Capitalism Economics ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

"Saya pernah diutus Umar bin Abdul Aziz untuk memungut zakat ke Afrika. Setelah memungutnya, saya berniat untuk memberikannya kepada orang-orang miskin. Namun, saya tidak menjumpai seorang pun. Akhirnya, saya memutuskan untuk membeli hamba sahaya lalu memerdekakannya."
[ Sirah Umar Abdul Aziz, ms 59 ] Read More

Tuesday, December 14, 2010

Rahsia Inflasi...

Amat Memerlukan Wang

Betulkah inflasi ada kena mengena dengan Fractional Reserve Banking??

Fractional Reserves Banking merupakan sistem yang membenarkan pihak bank untuk menyimpan sebahagian wang pendeposit dan kemudian meminjamkan baki selebihnya kepada pihak yang memerlukan atas alasan untuk menggalakkan perkembangan ekonomi.

Fractional Reserves Requirement pula merupakan jumlah minimum deposit (wang simpanan) yang WAJIB DISIMPAN. Di Malaysia, syarat yang ditetapkan hanyalah 4% dari jumlah simpanan seorang pendeposit, terdapat juga negara yang meletakkan 10% atau 20% atau 50% wajib disimpan, manakala baki selebihnya boleh dipinjamkan.

Bagaimana Bank dapat mencipta lambakan wang di pasaran melalui FRACTIONAL RESERVE BANKING DAN FRACTIONAL RESERVE REQUIREMENT ???

Jom mengembara ke padang pasir untuk mengetahui jawapannya.

Negara Pasir Berdengung yang mempunyai matawang bernama Fulus telah meletakkan 20% sebagai fractional reserves requirement, yang mana ketetapan ini perlu diikuti oleh setiap bank² yang ada di Negara Pasir Berdengung. Pada satu hari, jeng… jeng… jeng… (suspen.. suspen…)

Laksamana Do yang mempunyai 1 Dinar Emas telah pergi Ke Bank Pusat Negara Pasir Berdengung untuk menukar 1 Dinarnya dengan matawang Fulus Negara Pasir Berdengung. Bank Pusat Negara Pasir Berdengung telah menyerahkan 100 Fulus sebagai tukaran dengan 1 Dinar Emas kepada Laksamana Do.

Laksamana Do kemudiannya telah pergi ke Bank A untuk mendepositkan 100 Fulus yang diperolehinya itu ke dalam akaun simpanan di Bank A.

Bank A menerima 100 Fulus daripada Laksamana A, dan WAJIB tidak menggunakan 20% dari jumlah itu (20 Fulus), manakala selebihnya (80 Fulus) boleh digunakan untuk tujuan mendapatkan keuntungan.

Satu hari, Laksamana Re telah datang memohon pinjaman sebanyak 80 Fulus daripada Bank A untuk membeli teropong ajaib daripada Laksamana Mi. Bank A telah meluluskan pinjaman tersebut dengan kadar Riba X% dalam tempoh Ytahun.

Laksamana Mi pula, apabila menerima pembayaran 80 Fulus, harga teropong ajaib, telah mendepositkan keseluruhan 80 Fulus berkenaan ke dalam akaun simpanan di Bank B.

Sepertimana Bank A, Bank B juga WAJIB tidak menggunakan 20% dari jumlah itu (16 Fulus), manakala selebihnya (64 Fulus) boleh digunakan untuk tujuan mendapatkan keuntungan.

Proses sebegini berlaku berulang-ulang sehinggalah keseluruhan baki wang Laksamana Do beredar ke seluruh Bank di Negara Pasir Berdengung.

Mari kita lihat keseluruhan wang yang dihasilkan oleh Bank-bank di Negara Pasir Berdengung melalui 100 Fulus asal yang didepositkan oleh Laksamana Do melalui sistem yang dipanggil FRACTIONAL RESERVE BANKING DAN FRACTIONAL RESERVE REQUIREMENT.

Rajah dibawah disediakan untuk memudahkan kefahaman anda

Nama BankJumlah disimpanJumlah pinjaman diberikanJumlah Wajib dipegang
Bank A100 Fulus80 Fulus20 Fulus
Bank B80 Fulus64 Fulus16 Fulus
Bank C64 Fulus51.20 Fulus12.80 Fulus
Bank D51.20 Fulus40.96 Fulus10.24 Fulus
Bank E40.96 Fulus32.77 Fulus8.19 Fulus
Bank F 32.77 Fulus26.21 Fulus6.55 Fulus
Dan Seterusnya........................
 500 Fulus400 Fulus 100 Fulus


Bayangkan dengan simpanan hanya 100 Fulus telah menyebabkan wang itu berlegar dalam sistem perbankan Negara Pasir Berdengung sehingga boleh menyebabkan penciptaan wang sebanyak 500 Fulus dalam pasaran. Inilah hasil fractional reserve banking system.

Sekiranya selepas setahun, Laksamana Do ingin mendapatkan kembali 100 Fulus yang disimpannya daripada Bank A, maka Bank A terpaksa memohon pinjaman daripada Bank Pusat untuk membayar kepada Laksamana Do, memandangkan keseluruhan simpanan di Bank telah digunakan. Sudah tentunya Bank Pusat akan mengenakan kadar Riba.

Sekiranya Laksamana Do yang telah mengeluarkan 100 Fulus pergi ke Bank Pusat untuk menukar kembali kepada 1 Dinar Emasnya, apakah beliau akan berjaya mendapat 1 Dinar berkenaan?? Sudah semestinya tidak kerana 1 Dinar Emas kini telah bersamaan dengan 500 Fulus.

Laksamana Do yang terpinga² telah mempersoalkan kewajaran harga pertukaran ini. Jawapan yang akan beliau perolehi sudah semestinya…. INFLASI….

No comments:

Post a Comment