feat0

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)". [ Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00 Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun!
[ Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

“Mata wang Amerika Syarikat kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia. Langkah menggunakan Dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dollar AS dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang”.
[ Tun Dr. Mahathir Mohamad ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Kapitalisme merupakan Sistem yang muncul dari aqidah sekularisme yang meletakkan kebebasan sebagai asas utamanya. Ia menyebabkan bertambahnya jurang antara yang kaya dan miskin. Kapitalisme dicipta bukan untuk mengatasi masalah kemiskinan bahkan ia berfungsi mempertingkatkannya!
[ Capitalism Economics ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

"Saya pernah diutus Umar bin Abdul Aziz untuk memungut zakat ke Afrika. Setelah memungutnya, saya berniat untuk memberikannya kepada orang-orang miskin. Namun, saya tidak menjumpai seorang pun. Akhirnya, saya memutuskan untuk membeli hamba sahaya lalu memerdekakannya."
[ Sirah Umar Abdul Aziz, ms 59 ] Read More

Wednesday, December 1, 2010

Dinar Sebagai Mas Kahwin

Dinar Emas boleh digunakan untuk tujuan:

Membayar Mas kahwin

Di dalam Agama Islam Mas kahwin atau mahar perlu dibayar oleh pihak suami kepada isterinya. Mas kahwin dibayar sebagai tanda menghormati pihak isteri dan juga untuk menunjukkan kesungguhan mengahwininya serta tidak sewenang-wenangnya memasuki kontrak perkahwinan tanpa ada rasa tanggungjawab di pihak suami. Pemberian Mas kahwin juga mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga.

Gambar Perkahwinan M Nasir & Marlia Musa

Mas kahwin merupakan hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembira dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami.

Di Negara Malaysia sebagai contohnya, M Nasir yang merupakan salah seorang artis popular telah menggunakan Dinar sebagai mas kahwin ketika berkahwin dengan Marlia Musa pada 31hb Ogos 2000. Mas kahwin yang diserahkan oleh M Nasir kepada Marlia Musa pada ketika itu ialah sebanyak 13 keping Dinar yang bernilai keseluruhan sebanyak RM2,000.00. Apabila ditanya oleh pihak wartawan, mengapa beliau menggunakan Dinar sebagai Mas kahwin, M Nasir memaklumkan bahawa beliau ingin kembali kepada tradisi Islam dalam perkahwinan.

Mari kita lihat berapa nilai 13 keping Dinar yang diserahkan oleh M Nasir kepada Marlia Musa pada hari ini.

Harga Dinar 01/12/2010

RM656.00 X 13 Keping = RM8,528.00

Pertambahan nilai sebanyak 426.40%
(RM8,528.00/RM2,000.00 X 100)


No comments:

Post a Comment