Dinar Emas boleh digunakan untuk tujuan:
Hadiah dan Cenderahati
Hadiah dan Cenderahati
Orang tua-tua dahulu suka memberi hadiah kepada anak cucu dalam bentuk emas. Golongan yang kerap menerima hadiah dalam bentuk emas ini merupakan golongan wanita. Pelbagai hadiah emas diterima, baik dalam bentuk rantai, gelang, loket mahupun cincin. Pemberian hadiah ini diberikan sebagai satu lambang ikatan kasih sayang yang wujud di antara dua generasi yang hidup dalam era yang berbeza. Emas ini selalunya digelar sebagai emas pusaka. Tiada apa yang diharapkan melalui pemberian ini. Ianya hanya diukur melalui nilai sentimental yang ada pada diri penerima masing-masing. Emas merupakan anugerah Allah yang cukup hebat. Kecintaan kepada emas telah ditanam dalam lubuk hati setiap insan. Dari awal penciptaan manusia hingga ke hari ini, kita tidak akan dapat sama sekali melawan kehendak naluri ini.
Pada hari ini, tradisi emas pusaka telah semakin jauh ditinggalkan. Bukan kerana kita tidak menghargai, tetapi nilai emas yang terlalu tinggi menyebabkan ramai yang tidak berkemampuan. Untuk membeli seutas rantai leher sebagai contoh, nilai yang terpaksa dibayar menghampiri RM2,000.00. Dalam hal ini kita memilih mengisi perut sebagai pilihan yang perlu diutamakan, manakala nilai kasih sayang dua generasi terpaksa dikorbankan. Hasilnya budaya penghormatan kepada generasi lama semakin hilang dari hati generasi kini. Bagi yang masih mempunyai ibubapa, cubalah anda kembalikan tradisi Emas Pusaka ini dengan memberikan Dinar Emas kepada ibubapa anda. Percayalah, anda pasti akan dapati terdapat satu nilai kasih sayang yang sukar dimengertikan wujud dalam pemberian tersebut. Nilai kasih sayang yang lahir secara semulajadi...
No comments:
Post a Comment