feat0

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)". [ Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00 Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun!
[ Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

“Mata wang Amerika Syarikat kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia. Langkah menggunakan Dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dollar AS dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang”.
[ Tun Dr. Mahathir Mohamad ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Kapitalisme merupakan Sistem yang muncul dari aqidah sekularisme yang meletakkan kebebasan sebagai asas utamanya. Ia menyebabkan bertambahnya jurang antara yang kaya dan miskin. Kapitalisme dicipta bukan untuk mengatasi masalah kemiskinan bahkan ia berfungsi mempertingkatkannya!
[ Capitalism Economics ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

"Saya pernah diutus Umar bin Abdul Aziz untuk memungut zakat ke Afrika. Setelah memungutnya, saya berniat untuk memberikannya kepada orang-orang miskin. Namun, saya tidak menjumpai seorang pun. Akhirnya, saya memutuskan untuk membeli hamba sahaya lalu memerdekakannya."
[ Sirah Umar Abdul Aziz, ms 59 ] Read More

Monday, November 29, 2010

Harga Emas Di Asia Akan Meningkat Lagi : MIA

Harga Emas Naik

KUALA LUMPUR:
29HB November 2010

Ringgit dijangka mencecah RM2.20 berbanding dolar AS menjelang 2012, berikutan pengukuhan berterusan mata wang tempatan itu, kata Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (MIA), Datuk Dr P.H.S. Lim. "Ringgit, serta mata wang Asia yang lain, semakin menarik dan laris disebabkan oleh masalah kewangan selanjutnya dalam kesatuan Eropah dan memomentum ekonomi AS yang semakin perlahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Lim berkata keluaran dalam negara kasar Asia dijangka mencecah 7.1 peratus berbanding purata global iaitu 4.8 peratus bagi 2011. Beliau berkata Rizab Persekutuan AS sedang menyerap bil Perbendaharaan bernilai AS$600 bilion dan pada masa yang sama, mencetak lebih banyak wang kertas baru.

"Ini menyebabkan beberapa kerajaan menyarankan emas digunakan sebagai rizab, sekali gus menyebabkan harga emas melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,364 bagi seauns," katanya. Lim berkata, kerajaan AS terus memberikan tekanan kepada China untuk memperkukuh renminbi agar barangan China kurang berdaya saing. Bagaimanapun, kata Lim, mata wang bukan satu-satunya faktor dalam pengeluaran dan perkhidmatan. "Upah AS terlalu tinggi dan merupakan 60 peratus daripada keseluruhan kos pengeluaran dan perkhidmatan," katanya sambil menambah bahawa perang perdagangan dan mata wang saling berkait.


"Kita telah melihat perang perdagangan AS-Jepun dalam tahun-tahun 80-an dan sejarah sentiasa berulang. Sesetengah negara mencadangkan agar mata wang Amerika digantikan sebagai mata wang dan rizab antarabangsa," katanya. Malah, banyak bank pusat meletakkan rizab di bawah nilai mata wang lain dan emas, katanya. Beliau berkata pengurus dana, pelabur antarabangsa terus membeli emas dan wang panas memburu aset Asian dan Brazil, Russia, India dan China, hingga mencetuskan kebimbangan tentang inflasi.

Lim berkata, EU menghadapi satu lagi pusingan krisis kewangan dan memerlukan 440 bilion (1 Euro = RM4.14) bagi langkah-langkah menyelamat anggota-anggotanya yang dibelenggu hutang. EU dan tabung Kewangan Antarabangsa telah menubuhkan dana bernilai 750 bilion untuk membantu Greece pada Mei, katanya. "Kini Sepanyol menghadapi kemungkinan berlakunya krisis kewangan. Beberapa negara anggota tidak begitu gembira untuk menyediakan dana tambahan bagi kestabilan kewangan Eropah. "Keadaan ini mungkin mendorong mata wang dan harga emas di Asia meningkat lagi," katanya. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment