Kali ini saya akan membincangkan cara bagaimana anda dapat menjana keuntungan dengan Skim Ar-Rahnu... Skim Ar-Rahnu ditawarkan di pelbagai institusi antaranya: Agro Bank, Bank Rakyat, Yapeim dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa faktor yang dapat menentukan keuntungan bilamana teknik Ar-Rahnu digunapakai, antaranya kadar harga emas yang ditetapkan oleh Ar- Rahnu, margin pembiayaan Ar-Rahnu, upah simpanan, serta jumlah tunai yang berbaki di tangan. Suka saya ingatkan terlebih dahulu, teknik Ar-Rahnu ini memerlukan pengetahuan mendalam tentang faktor-faktor tertentu, bagi menentukan keuntungan dapat diperolehi. Jangan terlibat dengan skim Ar-Rahnu sekiranya anda kurang faham, kerana anda mungkin mengalami kerugian. Kerugian yang dialami, kebanyakkannya berpunca dari sikap sambil lewa peserta dalam memahami teknik yang digunakan.
Bagi memudahkan penerangan tentang teknik Ar-Rahnu, terlebih dahulu sila ikuti penerangan berkenaan tatacara mengira upah simpanan atas barang gadaian atau kos yang perlu dibayar oleh setiap peserta. Contoh pengiraan adalah seperti di bawah:-
Ahmad ingin menggadaikan 1 Dinar Emas miliknya di Agro Bank. Pada hari berkenaan, Skim Ar-Rahnu Agro Bank menawarkan Harga Emas 916 sebanyak RM123.00 segram, margin pinjaman 70% dan Upah simpanan RM0.75/100 daripada nilai marhun kepada Ahmad.
Nilai Marhun = Harga Emas X Berat Emas
RM123.00 X 4.25 gram = RM522.75
Jumlah Pinjaman = Margin Pinjaman X Nilai Marhun
70% X RM522.75 = RM365.93
Upah Simpanan 6 Bulan = Kadar Upah X Nilai Marhun X 6 Bulan
RM0.75/100 X RM522.75 X 6 = RM23.52
Oleh yang demikian dengan menggadaikan 1 Dinar, Ahmad akan memperolehi wang berjumlah RM365.93. Untuk menebus semula 1 Dinar tersebut selepas 6 bulan, Ahmad perlu membayar sejumlah RM389.45 (RM365.93 + RM23.52).
Selepas mengikuti penerangan di atas, anda sepatutnya telah memahami kaedah pengiraan Upah Simpanan Ar-Rahnu dan Jumlah Pinjaman yang akan diperolehi melalui gadaian berkenaan. Penerangan selanjutnya adalah berkenaan teknik Ar-Rahnu yang akan digunakan bagi memaksimakan keuntungan. Untuk memudahkan penerangan, sila ikuti Video di bawah terlebih dahulu bagi mendapat maklumat asas berkenaan teknik yang akan digunakan. Setelah anda selesai menonton Video di bawah, sila ikuti penerangan selanjutnya di sini (sila klik).
Teknik Ar-Rahnu - Bahagian 1
Teknik Ar-Rahnu - Bahagian 2
Teknik Ar-Rahnu - Bahagian 3

No comments:
Post a Comment